Sunday, 29 June 2014

ahlan wasahlan ya ramadhan.!

assalamualaikum
sedar tak sedar
dah masuk bulan Ramadhan
alangkah bersyukurnya
kerana ALLAH mmberikan kesempatan
utk kita terus bernyawa sampai ke bulan ni

sempena kehadiran bulan mulia ini
aku nak kongsikan tentang keberkatan bulan ni
melalui lagu nasyid 
Ramadhan Bulan Berkat - Hijjaz
dan
Kemuliaan Ramadhan - UNIC feat Inteam
jom sesama hayati


Ramadhan Bulan Berkat - Hijjaz

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa



Kemuliaan Ramadhan - Unic feat Inteam

 Ramadhan bulan ibadah 
bulan kerahmatan dan keampunan 
para malaikat merendahkan sayap 
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa 
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu 
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukurlah pada rahmat-Nya 
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang 
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan 
10 akhir ramadhan 
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan



semoga Ramadhan kali ini 
amal ibadat dipertingkatkan
agar menjadi hamba yg bertaqwa
insyaALLAH

Thursday, 26 June 2014

husnuzzon?


assalamualaikum
kpd sesape yg masih xtahu apa itu husnuzzon dan suuzon

husnuzzon --> berbaik sangka
suuzon --> berburuk sangka

kita umat islam ni
perlu sgt husnuzzon
sesama manusia

tp yg selalu berlaku kt kita *aku sendiri pun
selalu judge org ikut masa lampaunye
selau je judge org dari luarannya
itulah hakikatnye manusia


dh menjadi kebiasaan kita
tgk je org yg x tutup aurat
terus je mengata dlm hati
x boleh mcm tu..

 sbb?
 
kemungkinan kita yg akan datang akan jadi dia yg sekarang
dia yg akan datang, akan jadi kita yg sekarang
atau mungkin lebih baik drpd kita
kita tak tahu kan??
nauzubillah



drpd kita duk mengata dia
lebih baik tegur je dia
tegur secara berhemah
kalau rasa segan,
cegahlah dgn hati
tp tu selemah lemah iman
 




jelas kan?
so jgn lagi buruk sangka kt org
nanti org buruk sangka kt kita pulak
pesan kat diri sendiri jugak

**wassalam**


Tuesday, 24 June 2014

ujian.dugaan.

assalamualaikum
hari ni aku nak kongsi tentang UJIAN.

ujian??
sape yg x pernah diuji dlm hidup ni?
tu bukan manusia biasa.!

ujian itu ibarat teman rapat dlm hidup manusia
especially, org beriman kpd ALLAH



sbb tu jgn mengeluh apabila diuji
tu tanda ALLAH sayang kt kita 
aku mengaku, aku selalu jugak mengeluh apabila diuji
aku pernah diuji sakit, study, persahabatan.
masa tu, aku mengeluh,
aku fikir ALLAH tak sayang aku
kenapa ALLAH uji aku macam ni?
kenapa org lain ALLAH tak uji macam ni??

masyaALLAH..
teruknya aku..
bodoh nya diri ini waktu tu

tp, sekarang ni
aku mencuba utk redha setiap kali diuji
aku mencuba utk yakin ALLAH sayang aku
atau mungkin
ALLAH nak hapuskan dosa2 aku
dosa2 yg tak terhitung bnyknya
ASTAGHFIRULLAH
ASTAGHFIRULLAH
ASTAGHFIRULLAH

moga ALLAH ampun dosa2 aku




"Ya Rabb, berikanlah aku kesabaran dlm menghadapi ujianMU."
"Ya Rabbul 'Izzati, kuatkanlah imanku, imanku ini rapuh tanpaMU

mengadulah padaNYA..
DIA rindu kita
sbb tu DIA uji kita
cuma kita yg jauh dari DIA
alangkah baiknya DIA



mulai detik ini
selalulah husnuzzon dgn apa yg ditetapkan olehNYA
mungkin kita tak suka, tp itu yg terbaik utk kita
mungkin jugak apa yg kita suka, tp itu memudaratkan kita


tanamkan dlm diri
apabila diuji
HUSNUZZON
HUSNUZZON



maka bersabarlah kamu
tika dirimu diuji
 wahai org2 beriman



sesungguhnya ALLAH maha mengetahui
apa yg terbaik utk kamu
sedangkan kamu tak tahu apa2
wahai org2 beriman


jgn mengeluh
jgn buruk sangka
jgn marah2
nak jadi org beriman tak?
kalau nak, jgn buat sumer tu







sbg contoh
kita mahukan wang yg banyak
tp ALLAH tahu kalau kita ada wang yg banyak, kita akan sombong
jadi ALLAH biarkan hidup kita bersederhana
sbb yg kita perlukan hanyalah kekayaan UKHRAWI


ALLAH tahu semua yg terbaik utk kita
yakin je
ALLAH mesti nak yg terbaik utk kita
kita kan ciptaanNYA yg paling bertuah di dunia ni



begitulah cantiknya perancangan ALLAH
:)



**segala pesanan entry kali ni, adalah utk ingtkan diri sendiri
disamping mengingatkan korang semua, wahai org2 beriman


wallahua'lam


tarikh lahir dlm tahun hijriah

assalamualaikum.
mcm mana nk tau tarikh lahir dlm bulan islam?
sape2 yg dah tau, duk diam2
aku nk bagitau kpd sesape yg x tahu lg
 x memadai sekadar tahu tarikh lahir mgikut tahun masihi
mesti tau jugak tarikh lahir dlm tahun hijriah/ tahun islam
kite kan org islam, sure la kena amek tau
;)

ok, disini aku sertakan link
link khas menuju ke web utk tukar tarikh lahir korang ke tahun hijriah
tekan je prkataan 'hijri converter' kt bwh ni


ni sbg contoh tarikh yg telah pun ditukar



semoga entry kali ni dpt menolong korang.!
mudah mudahan
moga ALLAH redha


**wassalam**


Monday, 23 June 2014

beruntungnya jadi wanita.!

assalamualaikum
bertemu kembali.
beruntung nye jadi wanita?
hmmm, ape yg untung nye?
untung... sgt sgt untung, percayalah.

"jadi wanita byk pntng larang lah, aurat kena jaga, aurat wanita ni byk sgt lah.!
kena jaga adab sopan 
apetah lagi kalau dh kawin.
kena jaga suami n anak2, 
kena masak lah, kemas rumah lah
lecehnye.!"

eh eh... jgn macam tu muslimah sayang.
wanita ni istimewa tau
disebalik kesusahan tu ada kesenangan.
kesenangan di akhirat, insyaALLAH

"bukan ke wanita ni ramai yg masuk neraka?
habis tu istimewa apenye?"

mmg ramai masuk neraka, tp ramai jugak masuk syurga
insyaALLAH kita trgolong.
sbb ape?? 

"SEORANG WANITA SOLEHAH LEBIH BAIK DARIPADA 1000 LELAKI SOLEH."
ayat tu dah membuktikan kan??
tp sekadar jadi wanita, x cukup
ayat tu mention "WANITA SOLEHAH"

meh sini aku nak kongsi sedikit sebanyak tentang darjat seorang wanita solehah.
aku kongsi melalui gambar2.
dgn harapan muslimah2 sekalian akan lebih trtarik utk baca.
ok muslimah sayang?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



haaaa.. mmg leceh, penat.. tp, byk ganjaran nye kan? subhanallah




masyaALLAH.. sungguh tinggi kan darjat wanita??



tak menyesal kan pakai tudung? tp pakai tudung yg betul2 ikut syariat..




wanita solehah sgt istimewa, tp istimewa lg isteri solehah



kasihnya ALLAH pada wanita solehah kan?


 masyaALLAH.. hebatnya wanita


istimewa kan wanita solehah? sebaik2 perhiasan dunia. insyaALLAH sebaik2 prhiasan akhirat jugak



haaaa... mcm mana?
masih nak merungut jadi wanita?
hmm.. ingat, bukan sekadar wanita, 
tp, wanita solehah,,
ye muslimah sayang??
aku pesan kat diri aku jugak
diri aku ni pon byk lagi benda yg x betul
tp, walau setinggi mana pon dosa kita, 
ALLAH MAHA PENGAMPUN.

 ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH
kerana dilahirkan sbg seorang wanita
sayang tau tak kalau tak nak jadi wanita solehah.
ALLAH dah bagi keistimewaan yg tinggi trhadap kita.
so, ape tunggu lagi?
jom, sama2 jadi wanita solehah.!
moga ALLAH redha, insyaALLAH



**wassalam**







jadi 'artis' utk beberapa minit

assalamualaikum.
nmpak sensasi tak tajuk kali ni? hehehe.
mmg agak sensasi bagi org biasa2 seperti aku ni.
sebenarnya, ada kisah lucu disebalik tajuk ni.
lucu+malu+bangga sebenarnya.
sebelum aku citer, baca bismillah dulu. 
baru berkat.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


citenye mcm ni...masa tu aku, parents aku n madiha (kawan aku) pergi konsert amal cakna palestin. konsert tu brtempat di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan. konsert tu konsert nasyid. sesampainya kitorang kat sana, aku dgn kwn aku excited sgt.! yela, kitorang ni jarang pergi konsert nasyid. tmbah2 kitorang ni suke dgr nasyid. kumpulan nasyid yg buat persembahan mlm tu, UNIC, DEVOTEES n others, aku pun x ingat. dah lah kumpulan nasyid yg kitorang minat pulak tuu. makin la teruja. 

tu just pndahuluan cite je. yg aku nk cite ni moment yg mmbawa tajuk di atas. cite tu bermula time kitorang sedang nyanyi lagu GELOMBANG KEADILAN-SHOUTUL HARAKAH.. masa tu, aku dgn kwn aku ni punye la semangat nyanyi. dah la x tau lirik, maen hentam wal kromo je. nyanyi punye la nyanyi, tetibe aku trpandang di skrin besar kt atas pentas.! "aik, macam pernah aku tgk muka ni. mcm muka madiha la.! aik, kenapa pulak ade org yg sebijik mcm dia? eh, kenapa ade org sebijik mcm mak aku pulak nih? biar betol aku jumpa 2 klon dlm satu masa.!" aku fikir punya la fikir, korang weii. lepas tu, lagi terkejut apabila aku nampak sorang pompuan muka mcm aku.!! sebijik, x de beza lansung.! aku tenung punye lah tenung muka 'klon' aku tu......  alamak.!!!! mcm mana aku boleh lupa yg aku duk kt konsert skrg ni??? mmg adat la kan kalo kamera fokus secara x sengaja kt someone. lepas aku sedar yg 'klon2' tu sume adalah aku yg realiti, aku terus tunduk.! skrin besar tu aku dh x pandang lansung. malu nye ALLAH je tau.!!

actually, madiha dgn mak aku pun berada di situasi yg sama mcm aku.! diorang pon trtnya tny kenapa la ada muka pompuan muka mcm aku. wakakakaka. aku tau ni pun sbb diorang pun ckp benda yg sama mcm aku ckp. kitorang ni x ubah mcm org yg x penah tgk muka sendiri. aisey, kesian pun ada kt kitorang ni. aduhaiii..

 inilah akibatnya apabila diri terlalu up to date. muahahaha. ni mmg pengalaman yg lawak.! sbb kitorang hampir jadi 'artis' secara x sengaja. tak de maknanya ade klon yg baju sama, tudung sama, apetah lagi muka sebijik, x ubah lansung. pesan aku kat korang, setiap kali korang pergi mana2 event n ditakdirkan korang trpandang kononnya 'klon' korang dlm skrin besar, jgn cemas, jgn panik.! korang senyum je, jgn takot2. mane tau, korang bleh jadi 'artis'. kuakuakua.



jgn senyum mcm ni. ni senyum biase je korang


abis tu senyum mcm mana??



haaaa... senyum je mcm ni.. konfem jadi artis.!



***wassalam***









Sunday, 22 June 2014

ya badrotim, ya badrotim

assalamualaikum.
sekejap tadi, aku tgk rncgn MALAM CINTA RASUL kt tv alhijrah.
apabila trdengar qasidah YA BADROTIM, air mata aku keluar dgn lajunya.
sayu nye hati, YA ALLAH..
hambaMu ini selalu je lupa akan kekasihMu.
insafnye diri ini...
oleh sbb itu, entry kali ni aku nak ajak korang memuji2 nabi kita, 
NABI MUHAMMAD S.A.W.
skrg ni mcm2 cara kita nk memuji baginda.
cuma kita yg malas. *pesan kat diri sendiri jugak
so, mulai detik ni, janjilah pada diri sendiri untuk selalu ingatkan baginda dgn brselawat, berqasidah...
sbb di padang mahsyar kelak, kita manusia lemah ni, hanya memohon syafaat baginda utk masuk syurga
betapa besarnye pengorbanan baginda.. subhanallah..
jom, sama2 kita berqasidah.!
hayati lirik2, kalau x, sia2 je kita berqasidah.
insyaALLAH, kita mndapat redhaNYA..
jom jom.!




ya badrotim versi 1 by Rahmat Ekamatra


ya badrotim versi 2 (versi kanak2)


ya badrotim versi melayu. masyaALLAH, sungguh mendayu2. boleh keluar airmata kalau dgr.



LIRIK YA BADROTIM BERSERTA TERJEMAHAN
يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ
Wahai purnamawahai purnama,Yang indah lagi sempurna
مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ
Bagaimanabagaimana nak kuluah dengan kata-kata.
أَنْتَ الََّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُـلا
Engkau menyinar di alam tinggi, di alam tinggi 
فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَل
Terangi kegelapan dan kebatilan.
رَبِّكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى
Dengan mu alam bergemerlapanbergemerlapan
بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَـامِ وَالإِفْضَالِ
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan.
صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya 
أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
Siang dan malam jua, siang dan malam jua.
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مَنْ 
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَال
Mereka yang istimewa dan amat sempurna.





Thanks 4 reading. semoga entry kali ni dapat menguatkan lagi bait2 rindu pada rasul kita, NABI MUHAMMAD S.A.W. mudah mudahan, insyaALLAH.






novel ape yg menarik??

assalamualaikum...

hari ni, aku nk buat review sedikit sebanyak pasal novel2 yg aku prnah bace. mungkin bagi korang, novel2 yg aku review ni x best, tp xpela, aku peduli ape. muahahaha. biase la, setiap org kn berbeza pendapat, tp x brmakna x boleh mmberi pndpt, kan???

so, dpersilakan utk melihat novel2 pilihan aku, jom jom.!

tp, aku x buat sinopsis la yer. sinopsis tu cari sndiri kt google. jgn malas malas. *aku malas takpe.ngehngeh




 novel ni sgt sgt sgt best.! aku bagi 5 star.! novel ni novel islamik+modern. tp novel ni novel lame dh. dh xde kt kedai2 buku. kalo nk beli, beli online je. ok, novel ni sesuai utk yg sedang kusut fikiran dlm soal2 jodoh nih. aku suka karya2 NOOR SURAYA. penulisan yg sempoi, sesuai dgn jiwa remaja2 skrng. novel ni sgt mendidik jiwa, rohani kita,  belajar utk hidup cara zuhud, yakin bahawa ALLAH dh tetapkan jodoh yg trbaek utk kita. ok, x nak review panjang2. proceed ke nombor 2.! *actually, ni novel kawan aku, aku pinjam sbb aku malas beli online. muahahaha




novel karya NOOR SURAYA again.! kan aku dh ckp, aku suka beli novel karya NOOR SURAYA. kalo pegi kedai buku, mata ni mesti melilau2 cari nama NOOR SURAYA. ahakss peminat tegar akak suraya laa katakan. ok, novel ni x sesedap JAJA & DIN. tp dlm kategori best jugak.! penulisan yg sempoi jugak. novel ni ala2 klasik siket. sesuai utk korang2 yg sdg mencari novel yg laen drpd yg laen. best2.! beli jgn tak beli.





haaa... yg ni, aku yakin la semua org dh bace. especially, pencinta novel islamik. kan kan kan? novel ni best.! setiap ayat yg FATIMAH SYARHA & DR FARHAN HADI tulis, sgt menakjubkan.! subhanallah.! bila baca novel ni, aku jadi yakin utk mengharap 100 percent pd ALLAH tentang segala hal especially jodoh. kpd korang korang yg x penah baca lagi novel ni, pegi baca cpt.!!





novel karya HLOVATE ni pon best jugak.! sape yg x kenal HLOVATE ni?? sumer org kenal tau. novelis bijak n pandai berkarya gituuu. novel ni sesuai utk remaja2. novel ni pon ade unsur2 islamik jugak. mane yg x baca lagi tu, silakan la membaca ye. best tau novel ni. konfem x menyesal kalo beli





haaa yg ni dh siap kuar drama dh pon. best best best.! jatuh cinta dgn watak ustaz hafiz tu. ustaz yg sempoi. tegur org pon secara brhemah. novel islamik jugak ni. novel ni kawan aku yg rekemen. n skang ni, aku rekemen kt korang pulak. beli lah, korang x menyesal lah nanti. aku jamin. insyaALLAH.





haaa.. novel ni unik.! lawak betol jalan cerita dia. novel ni mmberi iktibar bahawa kecantikan peribadi adalah aset paaalinggg penting. buat ape cantik fizikal, tp peribadi x elok. penulisan yg sgt sempoi.! aku bagi 5 bintang.!! bagi sesape yg x baca lagi, silakan2. 


***************************


ok setakat ini sajelah entry kali ni. thanks 4 reading this entry ek.! biarpon aku x boleh memuaskan hati korang, tp aku dh cuba yg trbaek. n insyaALLAH aku akn jadi penulis blog yg memuaskn hati korang, satu hari nnti.

wassalam.


Friday, 20 June 2014

SMKA NAIM LILBANAT (part 2)

assalamualaikum.! 
ari tu kan aku ade ckp nk buat entry brgambar psl sekolah lama aku tu.
haaa, jom lah kite sesame tgk ye. haiyya haiyya, jom jom.!!




1st skali mestila letak logo sekolah



sekolah berprestasi tinggu gituu. (gmbar google)




jgn tgk keta tu, aku nk tunjuk bangunan tu. tu bangunan baru. nampak gah kann?? gmbr ni aku 
amek time reunion aritu. yelah, aku ni ex student dh kan, dh tua dh. hohohoho




ni pulak pintu masuk . ni pon gmbr aku amek time reunion aritu




haaaa. ni pintu gerbang skolah ni. tgk tu, skolah ni sgt2 dkt dgn hotel RENAISSANCE. jln kaki je korang.




biarpon nmpk brsepah, engkau tetap ku sayang wahai kelas 5 ummu umarah.!




dewan exam aka dewan assembly kitorang. time batch aku xde aircond. skang dh ade dah. redhaaaa





cantik tak cantik tak?? haaa ni lah kawasan ASPURINA (asrama puteri naim). time batch aku xde lg taman ni. lepas je batch aku kuar, terus ade. waaaaaaa, sedih betol. tgk 2 org tu, tu la member aku. dorang x prasan pon aku amek gmbar dorang, maaf bebanyok kawan.!





taman ASPURINA again




setiap kali tgk gmbr, aku mesti gelak sorang2. sumenye nmpak mcm bebudak. mane tak nye, ni gmbar kelas time form3 dlu. muka sumenye innocent x boleh blah.




ni gmbr time form4. time ni, nmpak childish lg. guru kelas aku, papaya.!! actually papaya tu papa+zakaria. nama sbenar cikgu tu zakaria. kira nama manja la tu. papaya sgt sgt sgt sporting n lucu.!!! spnjg pnp dia, aku x penah ngantok.!




haaaa.. ni baru betol. sumenye nmpak matured gituu. ni time form5.! uwaaa, really miss this moment.! especially guru kelas aku, ustaz sayyidi. ustaz, ustaz sgt sporting.!! mengajar pon best, mudah nk paham. kelakar pulak tuu. *sori gmbar blurr



oklah korang korang sekalian. dh abes dh. nanti entry akn dtg, aku citer psl matrikulasi pulak. insyaALLAH, entry brgambar jugak. 






SMKA NAIM LILBANAT

assalamualaikum.! bertemu kembali, korang korang sekalian.!! *intro skema x leh blah. 
ok, ari tu, aku ade ckp kan yg aku akan buat entry psl sekolah ni? 
yes, here it is!! 
urmmm, actually, benda ni x penting sgt pon. tp, aku rasa mgkin ade adik2 diluar sana yg still blurr nk pilih skolah mane utk secondary school dorang, especially, org kelantan lerr

haaa, aku suggestkan skolah ni.! SMKA NAIM LILBANAT. !!
errrr, SMKA tu stand 4 what?? ape makna name skolah tu?? pelik je dgr.!

okay, okay. aku huraikan satu prsatu.
SMKA tu stand 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA. 
owhhhhh, i see.. tu skolah agama. bagos3. sejuuukkk hati mak korang dgr kann?? insyaALLAH.
NAIM ??? NAIM tu mkna dia NIKMAT. actually, nama tu sebaik2 nya letak camni NA'IM. ehehehe. *sedap2 ko je ye nk btul2 kn nama skolah. muahahaha. 
LILBANAT tu ape plak?? LILBANAT tu means UTK ANAK PEREMPUAN. *maaf kalo aku trsalah ye. hehe. tp itu lah yg aku blajar selama 5 taon menuntut kt sana. 

ok, bila digabungkan mksud nama tu akan jadi, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NIKMAT UTK ANAK PEREMPUAN.. agak pelik kan kalo terjemah? haaa, that's why gune arabic. plus, arabic tu bahasa syurga. haaaa, sejuuukkk hati mak korang.. kan kan kan??? sape stuju angkat tgn.!

hhhhmmmm, korang mesti nk tgk gmbr kn brbnding baca ayat pnjg2 cmni.?? alaaaa, nanti la dlu. tu 2nd story mory lah pulak.

ok2, kenapa pilih sekolah ni?? aku bagi 7 sbb.!
1) sekolah agama. insyaALLAH jiwa akan diisi dgn ilmu agama dsmping ilmu dunia
2)ada bahasa arab, yakni bahasa syurga, subhanallah..
3)sekolah tu dh diiktiraf sbg SBT, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
4) cikgu cikgi yg sgt brpengalaman.!
5)kawasan sekolah yg sgt cantekkk!!
6) student sumenye pompuan. haaa yg ni plg aku suke.! ihihihihi
7)student2 yg trpilih sahaja yg akn masuk skolah tu dgn kelayakan 5A dlm UPSR.

haaaaaaaa... amacam?? dh terang tak pnjelasan aku ni? btw, ni just my suggestion. actually, sumer skolah adalah skolah yg trbaekk. kalo x, x jd nama SEKOLAH lah kann. mane2 skolah adalah hebat, janji kita belajar rajin2, jgn trpengaruh dgn bnda x elok, jaga agama, jaga maruah n ape2 lg lah. i admit, skolah agama sndiri pon sometimes byk masalah sosial jugak. so, konklusinya, sume skolah same je sbenarnya.

errrrr, psl gmbar tu, entry laen pulak eh. pnjg sgt dh ni. haha. nanti korang pening pulak.
ok, assalamualaikum, byeeeeee

pengenalan . introduction . ta'aruf

assalamualaikum. hye. anneyong. bertemu kembali di blog yg mmbosankan ni. *kalo ade yg setuju, nahas korang.! ok2,silakan tgk tajuk di atas, korang korang sekalian. ada 3 bahasa tu, special dari aku tau. yelah, aku kan blajar 3 bahasa sepnjang aku hidop 19 tahun nih.

tp bahasa tu bukan main point yg aku nk citer kt sini. tgk la tajuk tu, 'pengenalan'. so, paham2 sendiri lah ye.

ehem2...

nama aku? cukup lah aku dikenali dgn nama 'nur aleeya', okeh? umur aku pulak, x tua n x muda. 19 tahun.!
aku tinggal di wakaf bharu, kelantan. sape kenal?? haaaaaa, meh sini akak aleeya bagi hadiahsss. 

ok, tu psl tmpt tinggal a.k.a habitat aku. skrg nih, psl kt mane aku study dari drjh 1 saaaaammmmpaaaiiiii sekarang.! skolah rendah, for sure la skolah yg paaaalinggg dkt dgn rumah aku. SK SERI WAKAF BHARU.!! aku saaayanggg sgt2 kt skolah tu. byk ilmu aku dpt kt sana, pengalaman ape sumer lah. pokoknya, sempurna banget deh.!

"SMKA NAIM LILBANAT." korang ade kenal?? haaaa, tu lah tmpt aku belajar a.k.a sekolah aku dari form 1 until form 5. sekolah tu sgt hebat! sayaanggg sgt sekolah tu. cikgu cikgi semuanya baik, supporting.! comel2 plak tuu. ahakss, bagi markah bonus ye cikgu.! kihkihkih

lepas abes form 5 aku merantau di KOLEJ MARA KULIM.!. hhhmmm, saaayangg tau kt pensyarah2 kt sana. sedih time nk tinggalkan tmpt tu. tp apakan daya kan? 

"bertemu berpisah, kerana ALLAH" ayat tu yg buat aku tenang saat hadapi mana2 prpisahan. uhukhukhuk

errrrrrrr,,, krik krik krik krik.

haaa, signal dh smpai tu. tu tndanya, aku kena stop skrg.!

korang jgn nk ckp boring plak, nanti ade yg menangis sedu sedan lah plak. nanti entry2 yg akn dtg, aku akan review psl sekolah2 lama aku tuh. mana tau lah, brguna utk adik2 akak ni yeahhhh. ahahaha. ketawa shin chan. yelah, aku x nak korang boring bace blog aku nih.

maaf dipinta ye... 

wassalam


blog warna warni

test test 1 2 3 test test 1 2 3.. ehem ehem. first of all,,,,

assalamualaikum.. fuhh, penat sungguh buat blog nih.! penat sbb aku ni x celik it sgt. muahahaha. ok korang, aku ni blogger baru. aku xtau pape pon ttg selok belok dunia bloggers ni. aku maen hentam wal kromo je nih.

entah kenapa hati ini teringin sgt nk memiliki satu blog peribadi.! alhamdulillah, syukur Ya Allah, aku brjaya jugak buat benda alah nih. berjam2 aku kerjakan benda alah ni sampai sempat call member aku tau, semata2 nk dpt ilmu camne la nk buat benda nih

owhh,,, x de la payyyyyahhhh mane pon korang. aku je yg out of date. ngehngehngeh.

btw, buat first entry nih, aku x mau tulis long long, orait? lgpun, ade ke org bace blog aku nih? hahahaha. krik krik krik. sangat sepi ye. 

korang korang.! follow lah blog aku kalau korang sudi. ihihihihihikkkk. aku x de follower lansung nih. *ayat memujuk. 

ok lah korang, aku ni dah betol2 out of idea ni. maaf dipinta andai blog nur aleeya ini x menarik. tp xpe, x menarik pon, asalkan apa yg aku tulis ni, sampai ke hati2 korang, betol tak?

assalamualaikum ;)