Friday, 22 August 2014

kun faya kun (if it's meant to be, it will be)


jika ALLAH berkata jadilah, maka terus terjadilah
tiada siapa yg boleh mngubah
walau sebesar mana kuasa seseorang itu



antum antunna,
semua yg berlaku kt dunia ni atas kehendak dan keizinan ALLAH

sebagai contoh yg ketara sekarang ni
kes MH370 & MH17
kenapa MH370 still x jumpa2 lg?
sape yg tembak MH17?

byk suara2 yg berbunyi
mengatakan itu ini
dan mulalah manusia meramal itu ini

muslim muslimah yg dikasihi,
semuanya berlaku atas kehendak ALLAH
kalau la ALLAH tak berkehendak MH370  hilang
maka MH370 tu tetap ada terbang kesana sini
kalau ALLAH berkehendak MH17 tetap selamat
kena la bedil berpuluh beratus sekalipun
tetap akan selamat

ajaib kan?
semua datang dari ALLAH



sememangnya, sudah tiba ajal mereka semua
hilang n ditembak itu hanyalah penyebab
ajal di mana2 boleh berlaku
tak semestinya di pesawat
malah ketika tidur.!
nauzubillah, mohon dijauhkan

oleh sbb itu,
marilah sama2 kita menadah tangan
berdoa kpd YG MAHA KUASA
"YA ALLAH, MATIKAN KAMI DALAM IMAN, BANGKITKAN KAMI DALAM IMAN DAN MASUKKAN KE SYURGAMU DGN IMAN"

insyaALLAH, DENGAN IZIN ALLAH

sempena hari berkabung
mari la kita sama2 sedekahkan al fatihah
buat semua mangsa nahas MH17 & MH370
juga berdoa semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman
insyaALLAH







Wednesday, 20 August 2014

maka kerana Tuhanmu, bersabarlah


SABAR
bunyi gampang je kan perkataan tu
tp melaksanakannya cukup berat

sejak kebelakangan ni
aku selalu kena macam2 penyakit
ALLAHU, sungguh menguji aku

lepas penyakit, ujian lain pulak
ujian sering berkunjung tiba
aku merenung2 diri
menangis semahu aku

"RABBI, byk sgt ke dosa hambaMU ini?"
"berat sgt ujian ni, rasa tak tertanggung"
"kenapa aku dan tidak org lain?"

aku menangis menangis dan menangis
mengenangkan nasib diri ini


diri ini rasa tidak kuat
aku mencari2 sumber ketenangan abadi
membaca ayat2 suci al quran
lega nya rasa.!


usai mengaji dan menelaah tafsir
seperti biasa, aku on laptop
mencari2 artikel berunsur motivasi diri
mataku ini terpandang artikel di blog Aku Islam


Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa.

Serius. takkan sama.

Mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,

“takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.

Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini?

Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut.

Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.

Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati.

Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.

Kenapa AKU yang diuji?

Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri?

Mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.

kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
lega.
tu saje perkataan yg aku boleh gambarkan 
alhamdulillah, ALLAH mempertemukan aku
dgn artikel sebegini
sungguh berhikmah penulis ni berbicara
alhamdulillah sekali lg
 sbb ALLAH mengurniakan keistimewaan pada penulis ni
sampai terkesan betul2 hati org yg membaca


kini aku lega
makin berlapang dada utk menerima ujian
all praise be to ALLAH.!


Monday, 18 August 2014

oh sweetnya video ni


tetibe je minda ini terfikir nk cari video yg sweet2 
akhirnya jumpe jugak


tp singer lagu di video ni bukan muslim punye la
ni lagu mat salleh
tapi video nye dizahirkan cukup cantik
nampak islamik pulak
that's why i'm attracted 
kekekekekeke


alangkah indah ye kalau bakal zauj aku nyanyi lagu ni
sweet betul
uishh, gatal sgt nak kahwin
hehe, bukan camtu ye


still so so so so so so long long long journey, guyss
still young lerr
bakti pada parents pun belum cukup lagi
the most important is
iman ini masih raaaaapuuuhhhh


meh la sesama enjoy this video
kali ni kita santai2 je




Saturday, 16 August 2014

bukan nak mengutuk, nak menyedarkan je


a couple of days ago
aku fly ke negara org
negara yg majoritinya non muslim
mind set aku apabila tengok je non muslim
"non muslim x hormat org muslim, mesti benci tgk wanita bertudung"
"org kafir ni mesti tak jaga kebersihan, toilet pun mesti kotor penuh dgn tisu2, yerkkkkk.!"


sebenarnya
semua mind set aku tu salah
hampir 100 percent salah
SALAH


apabila aku sampai kt negara tu...
sewaktu melintas jalan, mesti diorang akan beri laluan
apabila berselisih, majoritinya akan senyum
lepas je selesai shopping, time nak byr tu cashier mesti akan tny "how are u today?"


toilet pun sgt lah bersih
bukan setakat toilet je
seluruh kawasan yg aku pergi 
tak jumpe pun sampah.!
ALLAHU, bersihnya



yg paling membuatkan aku terharu
time tu aku n family pergi shopping
dek kerana malas nak pegang barang byk2
maka gunalah troli sampai keluar mall
tetiba tayar troli xleh gerak
 panik betul.! tak tahu nak buat apa
syukur, ada sorang wanita inggris dtg ke arah kitorang
"sorry miss, your trolley is locked because you already out of shopping mall area"
ok, aku sgt terkedu, terharu 
concern betul walaupun berlainan agama



apa yg aku nak tekankan kt sini adalah SIKAP kita
sikap kita sebagai muslim, kenapa tak mcm diorang yg non muslim?
apa yg aku nampak di negara kita yg majoritinya muslim
akan hanya memandang saje kearah org dlm kesusahan
malah ada yg ketawa kecil
malah kadang2 aku sendiri pun mcm tu
teruknya kan?
malu nye dgn diri sendiri



apakah sikap kita ni dah cukup melambangkan agama kita?
agama islam yg suci, penuh dgn adab sopan
apakah sikap kita ni cukup baik utk dijadikan contoh kpd non muslim?
sedangkan mereka lg sivik drpd kita?

marilah sesama kita renung2 kan ye kawan kawan
apa yg baik kita contohi, yg buruk kita jauhi
mari lah kita umat ISLAM sedarkan diri
mungkin sbb sikap kita ni la yg membuatkan segelintir non muslim still xnak masuk islam
nauzubillah..














Thursday, 7 August 2014

buat yg sunat, tinggal yg wajib


cerita ni cerita long long time ago
tapi rasa mcm nk share je kt blog ni
mana tahu, terkesan kt hati2 korang
insyaALLAH


dulu time form 5
aku dgn kawan aku mengikuti tuisyen berbayar addmaths
ye la kan, addmaths
killer subject katekan
so kena la ada extra knowledge kan


kitorang ni memang suke lah pergi tuisyen tu
plus, tuisyen tu famous
cikgu yg mengajar pun best


hari silih berganti
dah masuk bulan ramadhan
extra class malam kt sekolah tu
diganti pd waktu petang
begitu jugak dgn tuisyen addmaths tu


guess what,
kitorang memilih keputusan utk pergi tuisyen addmaths tu
dengan meninggalkan extra class kt sekolah
sedangkan extra class tu la yg wajib pergi
masyaALLAH, teruknya kitorang


tapi mase tu kitorang nakal 
tak sedar pun perbuatan kitorang tu salah
ish ish ish


tapi...
kitorang menerima balasan
diatas perbuatan kitorang tu!
dushhhh.! padan muka


balasannya,
time tu kitorang tak boleh puasa
org perempuan biasa la, ABC..
dgn lapar n tak tahu malunya
kitorang beli aiskrim kt kedai



sesampainya kitorang kt tmpt tuisyen tu
kitorang tgk takde org pun yg ade
tgk jam, mak aiii awal lagi ni


so ape lagi
kitorang cari la port yg sesuai utk makan
cari punya cari, kitorang memilih utk makan di belakang tuisyen
ok tengok kiri kanan, takde org
apelagi menikmatilah kitorang aiskrim yg dibeli


sedang leka menikmati aiskrim,
tetiba mata ini terpandang sorang lelaki yg pakai uniform sekolah
ketawa, yes dia sedang ketawa
mak aiiii.!!!
kantoi tak puasa.!!!!


tu lah balasannya
tak pergi kelas yg wajib kena pergi
nak pergi jugak yg sunat
RABBI, alangkah berdosanya 
malu malu malu
malu dgn diri sendiri, cikgu sekolah, lelaki tu
yg paling penting, malu dgn ALLAH.!
ampuni kami, RABBI


pengajaran
jgn sesekali meninggalkan yg wajib n buat yg sunat
memang la kita nampak benda ni remeh
extra class je kot


tapi kita tak tahu
benda yg kita anggap remeh mcm tu lah
yg ade keberkatan
keberkatan antara guru dgn pelajar
tak ke terasa hati cikgu kalau ada student dia tak pergi kelas?
surely terasa


jadikan kisah aku ni sebagai iktibar ok?
jangan ditiru pulak
buruk padahnye